TAJUK NOVEL: BINI AKU TOMBOY KE ?
Novel ni adalah novel pertame yg pernah aku langgan dan bace yg terbaik. Novel ini telah dihasilkan dengan karya kreatif oleh Kak Arisa Erisa dan diterbitkan oleh Kaki Novel Enterprise. Pengedarnya pulak, SYKT FAJAR. Aku ceritakan sinopsis-nya lah, ye ?
ZACK: Nama sebenar... Sofi Zarill Muhammad. Nama panggilan... Zack :) Penampilan... rambut pendek, t-shirt, cap dan seluar jean. Pernah menjadi kegilaan Sabariah ( house mate zaman belajar di universiti ) dan Arin ( pembantu rumah ). " Suka hati aku la dengan cara penampilan aku. Janji aku tak buat dosa dengan Tuhan".
ABANG DIN: Penyelamat ketika Zack kehilangan dompet di Kuala Lumpur. Bekerja sebagai pelayan di sebuah kedai makan di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Tiba-tiba menjadi keliru terhadap diri sendiri apabila mula jatuh hati dengan Zack. "Takkan aku ni gay kut?"
AZIM: Kasanova tersohor dengan ayat menggoda yang bisa mencairkan hati sang wanita. Teman sepermainan Zack sedari kecil lagi. Cuba dijodohkan dengan Zack oleh ibu bapa masing-masing. "Aku dengan kau, Zack? No way, beb!"
Siapakah akhirnya yang menjadi pilihan Zack? Sampai bila Abang Din akan beranggapan bahawa Zack itu adalah seorang lelaki? Adakah Azim akan 'bersara' daripada menjadi kasanova?
Tulah sinopsis-nya.. Ingin tahu jalan ceritanya? Beli la buku tu sendiri ! Atau pergi lawat blog ni --> arisaeriza.blogspot.com .. harap maklum :)
No comments:
Post a Comment